Pada 16 Oktober 2017 bertempat di Dewan 1Malaysia PPP Kem Mahkota, telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Program Pekerti bersama ODS anjuran bersama Kafe@Teen LPPKN Negeri Johor. Kursus ini melibatkan 25 ODS dijalankan sebanyak 3 sesi bermula dari Julai sehingga Oktober 2017. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Zakiah binti Md Noh, Pemangku Pengarah LPPKN Negeri Johor. Beliau mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan agar penghuni mendapat ilmu dan mampu berdikari apabila dibebaskan kelak.
""